Cara mengesan keberadaan jin di dalam tubuh
1. Ambil air kosong (air masak atau air penapis).
2. Bacakan pada air tersebut
a. Surah Al-Fatihah, selepas baca ditiup pada air
b. Ayatul Qursi, selepas baca ditiup pada air
c. Al-Kafirun, selepas baca ditiup pada air
d. Al-Ikhlas, selepas baca ditiup pada air
e. Al-Falaq, selepas baca ditiup pada air
f. An-Naas, selepas baca ditiup pada air
Setelah selesai baca, diminum air tersebut (mulakan dgn "Bismillah" tak perlu selawat).
Sedia bekas untuk muntah spt besen kecil, gayung atau plastik.
Kemudian , baca zikir ini sebanyak 100kali secara lafaz dan suara yg jelas. (jangan berbisik).
Zikirnya adalah:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir.
Bagi orang ada mengalami masalah gangguan jin, maka dia akan muntah ketika membaca zikir ini. Sebab tu kena standby kan gayung @plastik sewaktu membaca zikir ini.
Jangan bimbang anda tidak akan meracau. Habiskan bacaan zikir ini 100x. Boleh guna tasbih untuk mendapatkan hitungan tersebut. Boleh dibaca lebih asalkan tidak kurang.
Kesan yang akan dialami selain dari muntah adalah
1. Pening
2. Terlalu mengantuk
3. Perut tak selesa
4. Rasa gelisah
Jika berlaku tanda-tanda ini, lakukan cara yang sama ini setiap hari dibuat pada waktu pagi dan petang selama beberapa hari. Pada hari yang tidak muntah, maka ketika itu gangguan jin telah tiada.
Namun, jika anda tidak mampu melakukannya, maka anda perlu dibantu untuk diruqyahkan.
Komentar
Posting Komentar